Monday, October 12, 2015

Hilangkan Parut Jerawat dengan Malaika Oil


Malaika Facial Treatment Oil
Halal | NOT150403152K | 50ml





Assalamualaikum dan hai! Sekarang ni susah sangat nak cari serum atau facial treatment oil yang berbaloi dengan khasiat dia di drugstore. Terus terang cakap, aku tak suka pakai serum sebab aku yakin muka aku dah cukup tulus mulus cantik gebuuuu. Sebab terlalu asyik perasan muka cantik sangat, maka pada bulan Ogos hari tu muka aku naik jerawat batu banyak gila! Aku punya risau tu jangan cerita la.. Sampaikan aku rasa nak pakai purdah je kat office tu sebab tiap kali jumpa orang untuk urusan kerja, mesti mata dorang singgah ke jerawat dulu. Hahaha


Tipulah kalau mata kome tak singgah ke pipi aku dulu -.-


Tapi baru-baru ni aku bernasib baik sebab berpeluang untuk review sejenis facial oil ni. At first aku tak letak apa-apa harapan pun. So bila parcel sampai aku buka jela macam biasa. Masa halfway koyak parcel tu, aku macam terbau serai + lemon. Dalam hati aku dah was-was, "Orang ni pos kordial minuman ke apa??" Hahaha habis semua orang dalam rumah ni aku paksa untuk hidu parcel tu. Belum tengok rupa sebenar botol pun dah excited semacam. 


PROS
  • Kandugan organik seperti Extra Virgin Olive Oil, Lemon Oil, Castor Oil, Temu lawak Powder, Herba dan bunga-bungaan.
  • Bau minyak sangatlah wangi macam nenek ko yang bancuh bahan-bahan atas tu wakakaka
  • Saiz botol yang besar dan sangat berbaloi dengan harga
  • Boleh pakai kat seluruh badan. Aku bagi adik aku tonyoh kat parut kudis kaki dia dan sebaik sahaja lepas bilas, terus cerah kawasan parut dia tu.
  • Boleh melembapkan kulit kering atau mengelupas
  • Aromaterapi sebab bau menenangkan
  • Muka rasa fresh lepas bilas dan kulit takde rasa lekit-lekit pun.
  • Takde sebarang pantang untuk guna produk ni. Ko masih boleh terus gunakan skincare macam biasa.
  • Boleh pakai hari-hari sebab tak menghakis kulit.
  • Boleh jadi minyak urut. Huhuhu

CONS
  • Buat masa ni aku tak jumpa lagi Malaika Oil kat kedai luar. Kalau nak beli lagi kena cari online.
  • Bau terlalu wangi sampai rasa nak minum. Ehh maaflah over pulak tetiba huhu


CARA PAKAI
  1. Bersihkan muka dan keringkan. Titiskan 2-3 titik Malaika Oil pada tapak tangan.
  2. Sapu dan ratakan ke seluruh muka. Gosok selama 2-3 minit untuk lancarkan perjalanan darah.
  3. Biarkan wajah selama 3 minit, kemudian boleh bilas muka seperti biasa dengan korang punya favourite facial wash.
  4. Lap muka dan rasakan pipi korang boing-boing gebu dan licin

HASIL SEMINGGU PAKAI

Takde dah kan parut hitam tu. Yeayy!



Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang Malaika Oil, boleh klik link di bawah:

WEBSITE www.malaikaoil.com
Facebook https://www.facebook.com/malaikaoil
Instagram https://instagram.com/malaikaoilofficial/




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...