Tuesday, November 10, 2015

Sister Bonding at The Grand Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum. Takde apa yang lebih menyeronokkan selain daripada bercuti bersama bespreng! Aku bukan nak kata holiday dengan family tak best. Tapi faham sendiri la kalau holiday dengan family mesti rasa tak bebas nak buat perangai pelik kan? Hehe setelah bergaduh cari tarikh yang sesuai, akhirnya pada 7 & 8 November 2015 barulah aku berkesempatan untuk bersister bonding bersama sisturs yang telah dikenali sejak masing-masing belum datang bulan lagi (read: akil baligh. Haha!). Kerana semua sudah berkerjaya, maka percutian kami terasa begitu seronok sebab takde masalah kekurangan duit. Poyo sangat statement engko. Actually nak kata yang masing-masing susah nak apply cuti sebenarnya. 


So percutian have to cut short into 2 days 1 night only. Pheww so betul la orang kata, 'When you have time, you don't have money. But if you have money, you don't have time'. Jadi, lokasi pilihan untuk trip sistur bonding ni hanya kat Port Dickson sajork. Hehe tapi semua happy sebab dapat bilik besar dan sangatlah dekat dengan pantai! Kami check in kat The Grand Beach Resort. Walaupun mulanya rasa sakit hati sebab proses check-in agak slow, tapi dorang pandai ambik hati semula dengan upgrade bilik kitorang. Daripada bilik asal yang berharga RM 150, terus dapat yang harga RM 280. Haa apa lagi melompat sakan la budak bertiga ni :P


Jom check-in!


Laju je minah ni tinggal aku kat belakang. Ceh!


Ada sejadah lagi tau!


Ada bathtub pulak tu. Macam mana la semua tak melompat :D


My sisturs suddenly forget me :(


And they keep on forgetting me. I cannot tahan la camni (T_T)


Dalam pukul 4 petang barulah dapat masuk bilik. Masa otw ke bilik tu memang menyumpah jugaklah sebab bilik kat hujung dunia. Haha tapi sebaik sahaja bukak pintu, terus perasaan serba salah datang menerpa. Sebabnya ruang bilik sangatlah luas sampaikan aku rasa ragu-ragu je nak bermalam dengan dorang ni. Yela masing-masing lembik kan. Dah la dorang berdua tu bersaiz mini. Harap aku je bersaiz mega, tapi lembik macam jelly.


Sengihan aku adalah definisi sebanar kegembiraan. Hewhew 




Terasa kaya pulak bila duduk kerusi ni. Tetiba kan..


Jom tengok pool pulak. Wauu lagi sekali kami teruja sebab pool besaq!


Ehem tumpang lalu..


Jom ke pantai. Cuma 10 langkah sahaja dari pool. Dekat sangat kan?


Sebab ni private beach, so pantai dia sangat bersih. Kalau aku kata kat Gold Coast pun orang percaya ni. Kahkah


Hai kami kat Gold Coast, Port Dickson


Hm sibuk sangat tilik muka dalam gambar ek??


Seorang Anis dalam dunianya sendiri.


Sebab aku ni tourguide bertauliah, so memang takde hal la nak carik makanan kat PD tu. Ni kat Pak Hailam Kopitiam PD Waterfront.


Hari minggu tu ada funfair tau.. Masing-masing poyo je buat cadangan nak merayau area pekan PD tu sampai funfair bukak. Lepas tu sebelum balik nak tapau Dominos bawak makan kat balik. Tapi semuanya sembang je! Hahah bila perut dah kenyang makan chicken chop, semua rasa nak tidur. Akhirnya decide beli maggi cup sorang satu kat Kedai Borong CERIA buat makan dinner. Aku pulak beli kukis kat kedai RM2 sebelah. Malam tu kitorang melepak kat balkoni menghadap laut sambil makan maggi cup. Serius best gila throwback zaman persahabatan sejak umur 11 tahun sambil ditemani deruan ombak dan taburan bintang di angkasa. Wee bersyukur sangat tau sebab dapat bilik menghadap pantai ni :') 


The next day, kitorang bangun awal untuk mandi pool. Sementara tunggu pool buka pukul 8 pagi kami jalan-jalan dulu kat tepi pantai. Aku pulak nak feeling2 shooting video ala-ala lagu West Coast, Lana del Rey. Hahah tapi belum sempat nak minta dorang record, kami terjumpa benda pelik yang tersadai di tepi pantai. Terus fokus berubah kepada benda tu.


Semuanya seperti biasa sehinggalah..


'Adik' Amira ditemui terkapai-kapai jauh dari ombak.


Atas dasar perikemanusiaan, Aishah pun cuba menolak beliau kembali ke dunia fitrahnya.


Dan Anis yang sengal tetiba dapat idea nak buat poster khidmat masyarakat :D


Ok pool dah open, jom mandi!


Tapi Anis baru teringat dia kekurangan pakaian dalam. Akhirnya dia mereput sorang2 ambik gambar pemandangan. Hahaha


Entah gambo sape-sape jela dia ambik tu -.-


Jangan lupa mirror selfie ya. Bukti aku pernah tidur sini. 


Kaki silang tu penting untuk nampak kurus.









Happy Deepavali dari kami sekeluarga!


Last selfie kat hotel sebelum pulang. Beratnya hati nak balik :(


Ok aku drive sampai kedai makan je. Lepas tu dorang 2 sambung drive. 


Hihi tq my sistur sebab tak berkira. That's what make me love you girls more! Let's plan for another trip shall we? Maybe ke Segitiga Bermuda pulak ke.. Nak pergi Korea macam mainstream sangat. Hahah bye, XOXO 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...