Friday, September 30, 2016

Surprise Box from Althea!

Assalamualaikum dan hai! Selalu tak rasa geram je bila tengok packaging skincare / makeup dari Korea? Mesti selalu kan..Lepas tu tension sebab harga kat outlet mahal sangat sampai kopak duit ptptn sem tu. Haha jangan sedih lagi sebab sekarang ni korang boleh shopping bermacam brand skincare / makeup dari Korea hanya dengan lawati laman web Althea.Kr


Cakap je nak brang apa, semua ada. Kalau best seller product, selalunya cepat sold out kat outlet kan.. Tapi kat website ni tak perlu risau lagi-lagi order korang diimport terus dari Korea. Masa menunggu parcel sampai pun standard dalam 2 minggu maksimum. Selain itu, korang sentiasa boleh track status parcel korang melalui laman web. So dah tak perlu risau kalau kena scam ke apa. Sekarang aku nak share surprise gift yang aku terima dari Althe sempena birthday yang pertama mereka pada bulan Julai yang lalu. Sorry pending lama sangat..





Semua produk dalam keadaan baik. Takde kemek2 pun. Btw ada 1 product tak boleh nak include dalam parcel ni sebab volatile item. Terpaksa refund semula harga product tu  (T_T)



Etude House Any Cushion 

Mula-mula try sample je masa kat Etude House. Tapi sejak dari sample tu terus jatuh hati nak guna full pack! BB cushion Etude ni best sebab dia tak buatkan muka bercapuk walaupun lepas berpeluh teruk. Aku pilih warna peach sebab tu yang seakan tona warna kulit muka. Hehe



Halfmoon Eyes Dragon Fruit Face Mask

Bau dia harum dan sedap weh! Ada baca review kat blog lain dia kata dia ada terjilat mask ni dan rasa dia macam buah dragon fruit betul2. Aku tak berani pulak nak jilat kang lain pulak jadinya. Mask ni dia macam berbijik2 sikit. Cara pakai dia mula2 ratakan seluruh muka then tunggu sampai mask tu kering (dalam 5 minit). Masa nak bilas tu barulah gosok slow2 biji2 scrub tu. Tekstur dia sangat soft. Muka pun tak rasa kering bila lepas cuci. Facemask ni saiz dia kecik je tapi lebih dari 5 kali pakai jugak la. So berbaloi. Ni pun recommeded!


Nature Republic Aloe Vera Toner

Kalau kebanyakan toner selalu buatkan muka rasa dry tiap kali lepas apply, tapi toner ni tak langsung. Aku suka pakai sebelum sapu day cream kat muka. Bila pakai toner ni, muka jadi lagi moist dan glowing. Takde effect pun pada kulit macam jerawat ke apa. Saiz botol pun besar. Memang berbaloi sangat kalau beli toner ni.


CP-1 Quick Dry Mist

Brand ni famous dengan hair care product. Ni hairmist dan fungsi dia untuk buatkan rambut harum lepas kita blow dry. Aku suka bau dia ala-ala musky gitu. Aku akan sembur pada rambut bila rambut dah lembap kemudian blow dry. Yang aku perasan, tiap kali blow dry dengan quick mist ni, rambut aku kurang bersimpul. Tak yah guna sikat pun!


Panda's Dream Brightening Eyebase

Si kecik ni aku mati-mati ingatkan eye concealer. Sekali lepas order baru teringat nak baca review. Dan yes aku tak salah pilih. Kebanyak review bagi 4-5 bintang! Function stick adalah untuk kurangkan gelap bawah mata. Dia macam berangin gitu tapi taklah sepedih minyak angin cap kapak tu. Huhu bau pun lembut. Aku suka pakai sebelum tidur. Caranya aku oleskan pada bahagian bawah mata, kemudian dap sampai cream stick tu sekata dengan kulit. Tahan lama tau walaupun nampak je kecik ni.



Kalau korang semua berminat nak tengok lagi banyak mekap dan skincare original dari Korea, boleh singgah di laman web http://www.althea.kr/ okay!


Sunday, September 18, 2016

Pulau Pangkor Gateaway with Girlfriends

Assalamualaikum dan hai! Awal bulan Ogos hari tu aku dan 3 member akhirnya berjaya bercuti bersama. Fuhh bukannya senang nak holiday dengan member ni. Dari zaman study sampailah dah konvo dok berangan nak holiday bersama. Berangan tak boleh blah nak sampai ke Korea saje. Last-last pergi bercuti dalam negara pun semput aku nak mengumpul budak-budak ni. Sampai iols naik darah jugak la. Allahu teruk betul event manager ni (aku lettew)  -.-'


Untuk permulaan, aku cadangkan ambil pakej murah-murah je dengan travel agency. At least kalau dorang scam takde la menangis deposit burn. Huhu tapi alhamdulillah semua berjalan lancar dan berbaloi dengan harga pakej yang kami bayar. Harga group pakej Pulau Pangkor yang kitorang pilih ni cuma RM 180 / pax (minimum 4pax). Aku book pakej ni kat Pakej Percutian Murah (Web: www.pakejtravel.com | Instagram: @destinasipercutian). Asalnya dah book untuk 4 orang. Akhirnya yang dapat pergi 3 orang je. Huhu habis burn deposit RM 50 kawan aku tu dan kami bertiga terpaksa bayarkan baki deposit dia T_T

Dengan harga RM 180 ni kami dapat:
* Tiket feri (Pergi Balik)
* Snokerling
* Kayak
* Lawatan
* Penginapan 3D2N

Ok jom mulakan hikayat Pulau Pangkor ni. Watak dalam hikayat ni ialah Anis, Nisa dan Anis. Woi nama lebih kurang je! Ok lemme put my role as Ninie. Kahkah ok sambung cerita.  Kami start perjalanan dari Shah Alam pada pukul 2petang hari Jumaat sebab Anis kerja half day. Aku dengan Nisa dah book cuti siap-siap (hikss semua dah kerja wiwiwiwiwi). Kitorang naik viva mini aku tu je sebab nak kurangkan kos petrol dan on Waze siap-siap sebab takut sesat. Tapi waze bagi jalan jauh. Asalnya nak exit Sungkai tapi waze suh exit Bidor. Last ferry pulak pukul 7 so kitorang memang tak sempat nak singgah mana-mana untuk makan atau solat. Wuu dah la chalet asyik call je tanya dah sampai mana. Akhirnya pukul 5.15 petang kami sampai di Jeti Lumut dan aku park di parking bertingkat (rate sejam RM0.60).


Berjaya naik ferry 5 minit sebelum berlepas :D


Pemandangan pertama aku snap masa otw ke chalet




Sempat jugak nikmati sunset


We made it gurls!


Event manager cum driver


Dinner masakan goreng. Price standard KL. RM5 / RM6 sepinggan.


Maka tamat aktiviti hari pertama kami di Pulau Pangkor. Lepas dinner, balik chalet lepas tu layan Runningman kat laptop aku pulak sebelum tidur. Best gila! :D Esoknya baru start aktiviti kat pulau. Pukul 9 pagi macam tu kitorang siap-siap nak pergi island hopping. Sarapan dulu kat gerai (mee goreng RM6 engko). Untuk island hopping ni kitorang dibawa ke pulau kecil kat seberang dengan menaiki open boat. Kat pulau tu sesuai untuk aktiviti snorkeling sebab ombak dia tak kuat sangat macam kat pantai Teluk Nipah. Oh ya, sebab pakej weols ni murah sajo, maka water sports agent pun macam sendu sikit. Hahaha aku risau Nisa dengan Anis ragu-ragu je tapi nasib baik dorang okay sebab aku dah brainwash siap-siap, "Ko bayar murah, jangan expect layanan macam diva ok." Hahahaha


















*sambung taip pada 18/9/2016 aka setahun kemudian*

Aku terjumpa entry ni dalam draft sampai la ni tergantung tak publish. Huaaa banyak travel log nak cerita tapi aku sumpah malas nak menaip. Ok sebab sekarang bosan takde keje maka marilah aku bercerita semula berbekalkan memori yang dah samar-samar ni. Kalau kat atas tu gambar kami bersnorkeling pada hari kedua, pada belah petangnya pulak travel guide bawa kami pusing pulau naik van pink. Semua dah termasuk dalam pakej so kami just sediakan duit saja untuk shopping. Ala bukan banyak sangat pun benda boleh shopping kat pulau tu. Setakat beli sotong kering pun bolehlah buat kenangan huhuhu

Aku tak ingat apa nama tempat ni. Sebelum ni dah pergi masa trip family. La ni pi jugak..


Tq acik umah sebelah sebab bakar sampah. Nampak ala2 mistik gambar ni hahaha


Cak! Ni bangunan baru kot. Sebab bangunan ni je landskap lawa.



Then kami ke tokong ni. Kalau tempat ni takde semak samun mesti lagi lawa.


Walaupun akak di tengah semak, tapi akak menten kuruih xD


Ada totis tau kat sini. Mesti totis ni bosan sebab pusing2 kat tempat sama je.


Kalau nak shopping keychain, boleh beli kat sini sebab tokong ni lagi murah dari Pantai Nipah.


Budak 2 orang ni memang terencat sejak zaman study lagi -.-


Akak bermesra dengan totis



Ni pulak kilang seafood snacks. Takde gambar masa kat dalam sebab lupa snap.


Ni pulak hornbill feeding. Burung terbang laju sampai tak dapat masuk gambar. Nampak tak atas tu?


Dinner malam kedua ditemani ribut. New experience ni sampai terpaksa makan kat dapur kedai sebab nak elak pinggan terbang punya pasal. Hehehe


Pada hari ketiga takde apa-apa aktiviti nak dibuat melainkan packing dan checkout ke jeti. Sementara tunggu van pink ambik kami, kami lunch dulu di tepi pantai. Syiok makan sambil dengar deruan ombak dan suara abang-abang berenang kat tepi pantai. Amboiiiii..


Nampak tak reflection kat shades I tu? Tak tipu ada abang-abang kat bawah tu T_T








Tq Pangkor. Till we meet again..


Sunday, June 26, 2016

Review: Pengalaman Makan Jamu Surut Ayu (JSA)

Assalamualaikum W.B.T & salam sejahtera. Kalau sebut je JSA, mesti ramai yang kenal sebab ni antara jamu yang paling murah dan berkesan untuk lose weight. Sejak JSA dah famous ni, ada je macam-macam cerita negatif yang timbul. Memandangkan aku pun salah sorang pengguna, aku memang buat bodoh je cerita-cerita negatif semua tu sebab pada pendapat aku, asalkan aku tahu kesihatan aku tahap mana maka tak jadi masalah untuk aku makan. Jadi apa pendapat aku tentang jamu ni? Jengjengjeng..


Ni gambar yang aku edit tahun lepas. Column kiri bulan Oct 2014, column kanan Nov 2015. Aku start consume jamu tu masa bulan puasa tahun lepas (June 2015). Dalam masa 5 bulan jugak la nak nampak beza pada fizikal. Korang perasan tak beza dia? Ke aku je syok sendiri? Hahaha ni pakai baju dan shawl yang sama. Masa debab tu berat 75kg, yang konon kuruih tu 68.8kg. Aku sendiri tak percaya muka aku bulat gila masa tengah debab tu. Haih macam mana la boleh yakin sangat pakai shawl  (T.T)




Sepanjang tempoh aku makan jamu tu memang rasa tak lapar langsung. Selalunya dalam pukul 10 pagi aku akan mula lapar dan punggah makanan orang kat office. Tapi sejak aku consume jamu selama 2 bulan straight, rasa lapar tu dah takde. Jamu ni macam pukau otak kita gittew.. Ha yang ni agak bahaya sikit kat aku sebab bila otak aku dah dipukau, maka aku tak ada selera nak makan walaupun sebenarnya waktu tu perut aku memang dah patut diisi (eg; lunch hour, dinner). Bila aku kerap skip meal, perut pun masuk angin dan mula pening & muntah2. Banyak kali jadi macam tu. So untuk elakkan perkara sama berlaku lagi, aku akan pastikan aku makan waktu lunch dan dinner walaupun perut tak rasa lapar.


Yang aku cerita tadi tu cons yang pertama aku alami dan cara aku atasi. Untuk kedua ni pulak, berkaitan dengan keadaan kulit muka aku. Kalau korang perasan kat muka aku atas tu, muka debab flawless je kan. Muka tirus (?) macam ada bonggol-bonggol jerawat. Asalnya aku tak suspect jerawat menimbun tu berpunca dari jamu. Tapi lepas 3 kali percubaan makan jamu secara konsisten, aku perasan kulit muka aku jadi kering sangat walaupun aku dah minum air yang secukupnya. Semua tahu kan jamu ni panas? Maybe tu punca kulit aku kering. Bila kulit kering, kulit aku mengelupas. Bila mengelupas, aku kopek2 guna jari. Bila jari kotor, maka timbul jerawat!


Masa makan jamu, muka timbul jerawat dan berparut2


Lepas 2 minggu stop makan jamu, jerawat surut dan parut mula pudar


Jadi kesimpulannya di sini, adakah aku akan teruskan makan JSA? Jawapannya ya bila berat aku da 70kg semula hahaha tapi kali ni aku makan sebiji sehari. Macam sebelum ni aku makan 2 biji sehari. Memang ramai sangat yang nasihatkan aku supaya stop makan. Tapi hm aku degil jugak la sebab macam yang aku kata awal-awal tadi, asalkan aku tahu kesihatan aku tahap mana maka tak jadi masalah untuk aku makan. Mohon sesiapa jangan kecam sebab aku cuma berkongsi pengalaman sepanjang 2 tahun makan JSA ni. Mana yang buruk, aku bagitahu dengan jujur. Mana yang baik, aku puji. Aku ada pengalaman termakan JSA fake dan aku tahu nak bezakan JSA ori dan tak. Ececeh poyo statement ko. Hahaha dan ini bukan sponsored post ye. 


Latest figure. Kaki atitaharis tak? Kbai



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...