Thursday, April 27, 2017

Jom Tempah Tiket Air Asia Online!

Assalamualaikum & hai! Aku ingat lagi kali pertama aku tempah tiket flight Air Asia. Dalam family memang aku jela yang boleh diharap untuk lakukan urusan pembelian tiket flight, booking hotel dan buat itinerary. Yang lain semua tukang follow je. Huhu tapi aku tak kisah bab tu sebab dah memang hobby aku. Untuk yang pertama kali beli tiket flight ni mesti rasa seram je kan sebab harga tiket flight kan mahal. Kang kalau tersalah select tak pasal-pasal je. Macam pengalaman first time aku dulu. Hahaha jadi untuk membantu uols yang masih blur bab beli tiket  ni, meh hakak ajar. Heheh walaupun statement macam poyo kan, tapi anggap la hakak ikhlas membantu. Gituuu


Tajuk : Cara Beli Tiket Flight Air Asia for DUMMY 101 

Ada 2 platform untuk beli, sama ada di website AirAsia atau traveloka.com eh apeni traveloka? Okay sat lagi kite sembang pasal ni. Baca step untuk beli kat website AirAsia dulu

1. Selepas login ke website AirAsia, korang pilih tarikh percutian dan masukkan maklumat penumpang (jumlah dewasa & kanak-kanak). Kalau pergi waktu cuti sekolah atau cuti umum, so paham-paham sendiri la harga macam mana kan. Select Return untuk flight pergi-balik dan One Way kalau sehala. Kemudian klik Search. 
2. Dalam next screen nanti akan ada harga tiket dan masa penerbangan yang available pada tarikh yang korang dah letak awal-awal tadi. Jadi, apa yang perlu korang buat ialah pilih harga tiket dan masa yang sesuai mengikut bajet dan plan korang. Kalau nak dapatkan harga tiket promotion daripada AirAsia, korang kena rajin tengok harga tiket penerbangan ni dari masa kesemasa dan kalau bernasib baik, mesti dapat tiket yang murah.

3. Lepas selesai select departure time, next ialah add on items seperti luggage dan makanan. Haha aku sebut ni sebab paling common la. Yang lain-lain tu ampa belek sendiri nanti. Kena hati-hati kat bahagian ni sebab harga dia lain ya. Kang jangan terkezut bila mula-mula harga RM150, sekali bila nak bayar jadi RM300. Haa sila semak balik apa benda merapu yang korang select kat bahagian ni.

4. Bila dah puas hati dengan overall total, boleh la buat bayaran dengan senang hati. Yeay leh eksyen dapat holiday naik kapal terbang!


Atas tadi tu kalau beli dari website AirAsia. Kalau beli kat website traveloka camne pulak ekk. Bukan sama je ke? Laa kalau sama apesal pulak aku nak kabo kat sini. Korang tengok website dia ni. Rupa website pun lain kan? Orang kata don't judge a book by it's cover gituu. Dan lagi best, cara booking kat traveloka ni pun mudah dan korang ada peluang nak grab harga tiket yang paling murah sebab kat traveloka ni dia akan senaraikan dan bandingkan semua jenis flight yang available masa tarikh korang nak travel tu. Paham tak? Hm kalau tak paham baca kat bawah.





Tajuk : Cara Beli Tiket Flight di Traveloka.com for Dummy 101 

1. Macam biasa, isi maklumat departure date, jumlah penumpang dewasa/kanak-kanak. Kemudian klik ‘Search Flight’ 

2. Next screen dia akan paparkan bermacam-macam jenis syarikat penerbangan yang available pada tarikh yang korang dah set awal-awal tadi tu. Korang pilih je flight yang mengikut plan dan bajet korang. Let say kalau korang sayang sangat dengan AirAsia, korang pilih la AirAsia. Bila dah puas hati, klik ‘Book Now’. Paling best kalau book kat traveloka ni, website ni sentiasa update latest AirAsia booking online promotion, so korang tak payah la nak susah-susah nak bukak website AirAsia, lepas tu select date apa benda semua tu. Kan senang?

3. Completekan korang punya passenger detail and contact info and lastly buat payment

4. 60 minit selepas bayaran, korang akan dapat e-ticket melalui email
Bercita-cita nak pi Hat Yai pulak. Woww macam-macam engko ni





See? Mudah seperti makan kacang tumbuk kan? Kalau malas jugak nak bukak website Traveloka.com, ko pegi la download app dia kat Playstore / Appstore. Hakak pun tak mampu nak menolong kalau dah begitu malasnya. Hahahaha selamat bercuti!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...