Friday, April 21, 2017

Pulau Perhentian 19-21 August 2016

Assalamualaikum & hai! Kali ni nak update cerita travel ke Pulau Perhentian bersama dengan girlfrien iolss~ Pergi tahun lepas bulan August. Trip ke Pulau Perhentian ni aku suggest pergi ikut agent sebab jumpa pakej murah 3H2M below RM200. Jarang tau nak jumpa harga macam ni kalau pi sana. Hehe dengan cepat aku bayar deposit fee untuk 3 orang. Kami pergi sana dengan menaiki bas dari TBS ke station Kuala Besut. Harga tiket RM90 rasanya pergi balik.


Khamis, 18/8/2016 
10.30 PM - depart from TBS

Jumaat, 19/8/2016 
5.30 AM - sampai jetty Kuala Besut. Sementara tunggu boat, kitorang solat Subuh dan rehat kat surau 

7.00 AM - breakfast 

8.30 AM - naik speedboat dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian. Tiket boat dah termasuk dalam pakej. Kalau tak harga boat pergi balik dalam RM60 - RM70 depends pada tokey boat tulaa.. 

9.30 AM - sampai Pulau Perhentian. Kami sampai awal so memang agak pishang la kat situ. Dengan penat badan melekitnya dan sakit badan sebab duduk dalam bas 8 jam, memang semua harap sangat nak rehat puas-puas kat bilik. Tapi masa nak check in tu ada satu insiden. Huhu chalet kata dia takde terima pun reservation dari agen kami tu. Haa masa tu dah gelabah. Takkan nak patah balik KL pulak?? Huaa budak lain yang satu boat dengan kami dah blah carik hotel lain. Tapi kami masih sabar menunggu la sebab malas nak banyak songeh kann. Lepas sabar menunggu, pukul 12.00 PM dapat kunci bilik. Yeay!

12.00 PM - Pulau dah cukup cantik, tapi chalet sumpah macam setinggan. Tak tahu reaction masa tu nak nangis ke apa. Hmmm rasa kena tipu pun ye gak. Sebab apa aku kata camni? Hmm tengok la gambar kat bawah T_T dah la line kat sana hazab gila. Memang rasa macam back to zaman batu la. Masa tu memang dah habis mood nak holiday kat Pulau Perhentian

5.00 PM - Keluar dari chalet yang sendu tu. Dannn lebih menyeramkan rupanya bawah chalet kami tu tempat membiak biawak komodo! Huaaa besar nak mampus woi! Aku memang rasa nak nangis dah duduk situ. Bayangkan Amira dengan Aishah guna tangga nak turun ke tanah, aku pulak rela panjat pagar ikut chalet sebelah. Sebab bawah tangga tu parit tempat biawak lalu-lalang eewwwww meremang bulu roma aku ingat balik memori dengan biawak tu. Biawak dia ada colour hijau dengan merah. Haa ko bayangkan betapa rare binatang kat pulau ni. Keluar ni kononnya nak pergi hiking ke windmill yang famous tu. Tapi macam biasa, separuh jalan je sampai lepas tu patah balik pi carik makanan hahahah. Oh ya chalet kami kat Coral Bay, so kena mendaki bukit nak ke Long Beach. Memang tak koserr la kitorang nak sambung hiking sampai windmill tu sebab hiking ke Long Beach pun dah nak dekat sejam (ikut kelajuan muatan berat dan malas macam kami ni huhu)

6.00 PM - Makan petang + makan malam kat Long Beach. Aku tak ingat aku makan apa. Yang aku ingat Amira dengan Aishah makan nasik goreng tomyam perisa pes. Hehe tak sedap langsung.. harga pun cekik darah. Kat Long Beach ni memang banyak foreigner. Masa ni rambut aku warna pink hahaha so takde rasa awkward sangat.

7.00 PM - Sampai chalet dan rest. Malam tu makan maggi bekal dari KL. Air panas pulak ambik kat kedai makan, bayar RM1 ye hakak sekalian.

Muka fresh dan excited!



Bila tengok je bilik camni terus hilang motivasi


Hiking nak ke windmill. Kononnyaa
I told you! Belakang tu lagi menarik perhatian!

Nape tak biru?! Hahahah


Sabtu, 20/8/2016 
7.00 AM - masing-masing bangun awal dan cuba cari kekuatan untuk gembira di hari kedua kat pulau ni. Masing-masing complaint tak nyenyak tidur sebab nyamuk dok gigit je. Haha tapi aku rasa aku macam nyenyak sikit kot sebab sebelum tidur aku lumur badan dengan minyak yuyi cap limau. Hahahaha 

8.00 AM - naik boat untuk ke tempat snorkelling. Ada 3 point kami pi tapi asal macam takde beza je aku rasa. Oh ya, aku tak snorkeling sebab tu 1st day aku datang bulan. Hehehe lagi la rosak holiday aku. 

2.00 PM - driver boat drop kitorang makan tengah hari kat kampung nelayan. Kat sini molek sikit masakannya. Kat sini puas hati la makan sampai aku makan dalam perasaan terharu sebab rasa takleh go dah dengan pulau ni  T__T

4.00 PM - balik chalet, mandi, tidur, rehat

6.00 PM - jalan-jalan kat Coral Bay dan dinner kat tepi laut. Servis sangat menghampakan. Ambik masa sejam untuk tunggu makanan sampai.

9.00 PM - balik chalet dan tidur













Ahad, 21/8/2016 

9.00 AM - yeay tak sabar nak balik! Tapi dalam tak sabar tu, tiket bas pukul 8.30 PM kot hahaha ni lagi satu hal nak buat ape ni oii 

12.00 PM - check out dan mereput kat kedai makan. Kami amik meja yang cuma sedepa je dari gigi air. Gituu ayat ko. Boat kami pukul 4 PM, so buat la pape yang patut sementara tu, bergosip, bergaduh, berguling etc 

4.30 PM - ni last boat memang untuk kami 3 orang je sebab boleh pulak boat pukul 4.00 tu dia main tinggal gitu je. Huhh tapi bagus la sebab membantu buang masa.

5.30 PM - sampai Kuala Besut terus carik 7E sebab nak lepas gian aircond. Hahahaha masa ni whatsapp, FB noti semua masuk menderu. Masa ni barulah dapat update gambar kat Instagram. Tapi takde feeling dah la sebab bukan kat pulau kan.

6.00 PM - makan malam siap-siap kat kedai mamak. Since ni dah kat tanah besar dan kebanyakan Melayu, maka aku mula mendapat pandangan jelik dari masyarakat sekeliling ke atas warna aneh rambut aku ni. But like I care. Duhh~~

7.00 PM - solat magrib kat surau

7.40 PM - menapak jalan kaki dari jetty ke station bas. Rupanya station bas Kuala Besut yang baru ni memang jauh dari jetty. Tak sama dengan tempat bas drop kami masa hari sampai tu. Haaa ni memang gigih la berjalan 3 dara pingitan ni. Dah la waktu senja, lepas tu kena lalu sebelah kubur pulak. Apa la nightmare sangat percutian kali ni. Wuuuuu

8.00 PM - berjaya sampai bus stop! Fuhh masa ni rasa nak nangis je bila nampak bas Sani Express tulis TBS. Rasa tak sabar sangat nak balik rumah. Seksa sepanjang 3 hari ni!

8.30 PM - naik bas menuju ke KL. Tidur ayam je sebab ni first time aku naik bas lama. So agak cranky.

5.00 PM - sampai TBS, home sweet home. Maaf enetry Pulau Perhentian tak banyak gambar lawa sebab hazab sangat pengalaman kat sana. Rasa insaf kejap nak bercuti kat pulau lagi lepas ni.

Cak! Jemputlah singgah rumah setinggan kami ni.



Restoran makan tengah hari betul-betul dekat dengan pantai





Bye Pulau Perhentian. You are too overrated!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...