Sunday, April 16, 2017

Seoul, South Korea (Day 3 & Day 4)

Pada hari ketiga, kami pergi ke Nami Island. Sebelum ke Korea aku dah beli siap-siap ticket yang include shuttle bus dan ferry untuk ke Nami Island. Aku beli kat website Trazy.com. Selain tiket ke Nami Island, tiket theme park Everland pun aku beli kat website ni jugak. Ada la diskaun dalam RM3 camtu hahaha ok la daripada takde langsung ye dak. Website ni guna currency USD. Lepas beli voucher dari website tu, nanti Trazy akan emelkan voucher code / kupon. Tak payah print out pun. Cuma tunjuk je emel tu kat driver shuttle bus. Harga untuk package Nami Island ni cuma 27 USD. Ha congak sendiri. Semua nak suap lemak ahhh..


Day 3 

08.00 AM : Dah siap breakfast sebab shuttle bus ke Nami Island gerak pukul 9.20 AM. Kat sini taknak buat perangai meleis siap last minit kang kena tinggal. Huhuhu.. tempat pickup kat Tapgol Park je which is only 10 minit jalan kaki dari guesthouse 
 
09.00 AM : Dah naik shuttle bus. Tunggu masa bas jalan je. Dalam bas tu tak banyak sangat pelancong asing. Yang banyak orang dia je. Hahaha

12.00 PM : Sampai jetty. Memandangkan kat situ baru lepas hujan, suhu adalah 3 degree celcius. Gilo laa aku dah la pakai baju 2 lapis je. Tak tahulah nak nangis ke ape masa tu. Rasa macam nak duduk dalam bas je. Dia punya sejuk tu sampai berasap mulut! 
 
12.15 PM : Naik ferry 10 minit dan sampailah ke Nami. First impression aku ialah, 'Ala macam kampung aku je. Amende special Nami nih'. Tapi sebab nak follow the hype, hakak gigihkan jugak la kaki menapak dalam kesejukan 3 degree celcius ni. 
 
02.00 PM : Mujurlah kat sini ada kedai makan halal. Dapat lepas gian makan nasik. Bear in mind, makanan kat sini sepinggan 10ribu won = RM40. So toksah berkira la kalau taknak makan megi. Mama abah makan nasik dengan chicken fillet, Nisa makan nasik sambal sotong kuirita aku makan nasik goreng kimchi yang rasa macam nasik goreng tomyam. Very deliscious okeyy. 
 
03.00 PM : Lepas perut diisi, barulah badan rasa warm sikit bila dah ada lemak untuk dibakar. Hahahah sambung pusing Nami Island dan terjumpa statue couple Winter Sonata dan beberapa statue aneh bentuk ibu yang menyusukan anaknya. Aku tak ambik gambar statue tu sebab terlalu berdarah mata aku melihatnya  T_T 
 
04.00 PM : Balik semula ke bas dan pulang ke Seoul. 
 
06.00 PM : Driver bas terpaksa drop kami kat tengah bandar Seoul sebab jalan nak balik ke Tapgol Park jem teruk. But it's okay la kami memang suka naik subway kannnnnnnnnnnn. 
 
07.00 PM : Sampai guesthouse. Malam tu macam biasa cuma dinner maggi je.





Itu salji tau. Bukan pasir putih kat Pantai Klebang tu. Huhuu

Abah ni orang bawak jalan pun nak tidur jugakkk

Ok lah anaknye pun nak tidur sat

Tamo la suwit sangatttt. Kalah Winter Sonata!








Aku curious bila nampak bangunan ni. Dia je paling tinggi. Haa bangunan ape ek.



Day 4 
10.00 AM : Memandangkan hari tu ala-ala free and easy. Maka masing-masing main hembus je nak pi mana. Dan aku selaku agen bertauliah, terus on app Subway dan study route mana nak lalu. Nisa kata nak pi SM Town haa maka marilah. 
 
11.00 AM : Turun di station Gangnam. Depa kata kat Gangnam ni kawasan elite orang-orang kaya. Dan memang diakui la hehehe terasa miskun betul merayau kat situ ala-ala backpacker. Kami masuk ke COEX mall dan dalam tu ada aquarium yang Runningman pernah shooting. Teringin nak masuk tapi Nisa kate takyah. Maka mampu bergambar sahaja di depan kaunter. Tiket masuk ialah 18ribu won. 

11.30 AM : Masa jalan kaki kat sekitar Gangnam tu kami nampak lori bawak billboard Happy Xiumin Day. Ohh rupanya hari tu birthday Xiumin EXO. Ni Nisa yang bagitahu la aku tak kenal siapa Xiumin tu. Hahaha maka berduyun-duyun la fan Xiumin beratur kat depan bangunan SM Town. Yang paling kagum, depa ni nampak bill board je dah meroyan amik gambar. Kami semua terpinga-pinga tengok gelagat depa.

12.00 PM : Gerak ke Lotte World kat Jamsil. Dalam 2 stops je nak ke situ kalau dari Gangnam. Kat Lotte World ni sempat la lunch kat fastfood Lotteria. Kami makan Shrimp Burger. Just yakin jela makanan dia halal sebab kat menu takde serve oink oink kan. Kami tak makan beef / chicken sebab tak sembelih (kot). Fastfood dia murah tak sampai 10 ribu won.

01.00 PM : Jalan-jalan kat Lotte World. Tak masuk pun theme park dia. Just jalan-jalan kat luar je. Dari luar nampak macam tak banyak rides yang best-best. So takde rasa terkilan sangat (walaupun dalam hati meratap hiba).

02.00 PM : Decide nak pergi Namsan Tower dan ambik subway dari Jamsil ke Myeong-dong. Masa tu tak pikir lagi macam mana cara nak mendaki ke Namsan tower tu. Hahah tapi mungkin Allah nak tolong kan, masa tengah menapak dari subway Myeong-dong tu tiba-tiba terjumpa free shuttle bus dari Myeong-dong ke Namsan Cable Car. Maka dengan pantas kami melompat naik bas tu. Bila dah naik tu terasa syukur ya amat sebab jalan nak ke cable car tu memang curam dan kena mendaki. Kesian la mama abah kalau aku buli lagi kan. Fuhh

02.30 PM : Beli ticket cable car 8ribu won. Cable car macam sardin dia main sumbat je selagi muka ko tak melekap kat cermin. Hahah ok gurau. Tapi memang sardin la. Ko kena berdiri dalam tu ramai-ramai sebab takde seat. Aku nak ambik gambar dalam cable car pun takde mood.

03.00 PM : Sampai kat station Namsan Tower. As usual, ko kena bergambar kat lock tu. Haa barulah orang percaya ko pegi Namsan. Tapi aku tak jumpa bangku yang patah kat tengah tu. Paham kan bangku mana? Kat situ aku bazir 5ribu won semata-mata nak beli cotton candy bentuk rabbit. Hmm perangai...

05.00 PM : Naik subway dan pulang ke guesthouse. Rest







Muka nak nanes sebab takleh masuk Lotte World


Muka bangga sebab dah jumpa bangunan tinggi tu

Muka lega sebab tak perlu menapak nak pi sini


Muka macam tak mandi tapi aku mandi okeh!


Terpaksa edit muka letak mekap sikit







To be continue~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...