Sunday, April 16, 2017

Seoul, South Korea (Day 5, Day 6, Day 7)

Day 5 
07.00 AM : Yay hari paling ditunggu-tunggu sebab hari ni nak pergi Everland! Memandangkan tempoh perjalanan ke Everland dengan menaiki subway adalah 2 jam minimum, maka aku cadangkan kami gerak pukul 8.00 AM dengan harapan sampai sana paling lewat pun pukul 11.00 AM. Tapi malangnya manusia hanya mampu merancang. Disebabkan kealpaan aku, kami terlajak 7 station dan telah bazir masa selama sejam. Wuwuwuwuwu akhirnya pukul 12.00 PM baru sampai Everland. 
12.00 PM : Sampai Everland. Ticket memang dah beli siap-siap kat website Trazy.com so cuma tinggal scan barcode je. Harga ticket aku beli kat website tu ialah 38 USD. Everland ni bukak sampai malam tau. Jadi jangan terkejut kalau pukul 7.30 PM boleh naik lagi roller coaster. Tapi sebab lokasi agak jauh dengan Seoul, jadi pukul 7.00 PM memang dah kena gerak balik. Hmm agak terkilan sebab banyak tempat kat dalam tu yang kami tak sempat pergi. 
07.00 PM : Gerak balik dengan shuttle bus dari Everland ke Jeondae station. Dari Jeondae ambik route subway yang paling singkat tapi banyak kali transit. Kali ni perjalanan ambil masa kurang dari 2 jam. 

08.45 PM : Sampai guesthouse. Rest




















Day 6 

10.00 AM : Free and easy jugak. Sebab ni second last day kat Korea, so nak pergi carik ole-ole untuk orang kesayangan di Malaysia. Gituuuu.. kami target nak pergi Namdaemun sebab kat sana katanya murah. Tapi sebelum ke Namdaemun, kita pi makan puas-puas dulu kat Itaewon. Nak makan nasik! 
11.00 AM : Sampai Itaewon. Memandangkan ni ialah second visit, so dah hafal sikit-sikit la selok belok jalan dia. Mama sibuk nak makan kedai nama Siti Sarah. Aku mati-mati ingatkan memang kedai tu letak nama gitu sebab siti sarah penah datang situ ke. Rupanya tu nama tokey dia. Dan lagi aneh, makanan yang depa serve memang tak sama langsung dengan apa yang dipaparkan kat luar kedai. Yang ada cuma nasik putih dengan menu bakar (ayam bakar & ikan bakar). Tapi nasib baik sedapp. Aku ambik set nasi ayam bakar + teh. Air teh dia perghh sedap rasa rempah. Memang refreshing bila minum waktu sejuk. Ayam bakar dia pulak dia bagi half, nasik pun sedap. Memang berbaloi bayar 11ribu won makan situ. Cuma yang tak best orang yang amik order dan masak ialah lelaki arab dan gaya macam mafia nak carik gaduh je. Banyak kali gak nampak Malaysian yang duduk lepas tu keluar balik sebab takut kot. Huhu 
12.30 PM : Naik subway dari Itaewon ke Seoul. Dari Seoul menapak ke Namdaemun. Namdaemun ni ala-ala pasar Pudu la. Cuma bezanya sini takde bau. Heheh sebaik je sampai kat pasar, benda pertama aku beli ialah strawberry! Apak la murah wehhh. Ada 2 jenis dia jual. Kalau stoberi gemok tu sekotak 3500, 3 kotak 10ribu. Yang stoberi kecik sikit sekotak 2ribu. Haa aku borong 6 kotak. Ambik 6 pun sebab pikir tak larat bawak. Dah la oppa jual stobery tu boleh tahan flirty dengan aku. Amboi amboi amboii kang ada yang tinggal Korea jual stobery ni nanti. Lepas beli stoberi, carik benda lain pulak. Yang aku notice kat sini, produk bag, baju dan kasut memang tak berapa murah. Contohnya handbag je dah 50ribu = RM200. Untuk handbag takde brand aku rasa tak sesuai dengan harga tu. Jadi di Namdaemun aku cuma beli stoberi dan sweater Rilakkuma 20ribu won. Haa ini berbaloi sebab sweater dia ada telinga! Comel~~

02.00 PM : Sambung lagi aktiviti menghabiskan duit kat Myeong-dong. Sampai ke saat tu aku still takde perasaan nak beli barang mekap. Tak tahu la kenapa. Aku cuma beli liptint dengan facial wash je. Lepas tu aku beli casing 7 Plus harga 25ribu won = RM100. Haaa yang ni aku lagi tak paham asal aku sanggup beli casing handphone sampai beratus. Why anis why?! 
06.00 PM : Balik guesthouse, mandi dan set nak keluar balik shopping kat underground. 
08.00 PM : Sambung shopping di underground market. To my surprise, kat sini harga barang dia jauh lagi murah dari Namdaemun. Kebanyakan handbag cuma 10ribu - 30ribu won je. Aku grab bag laptop 26ribu won dengan sling bag 15ribu won. Cantik tau pattern dia. Memang puas hati. Kemudian bawak mama dengan abah habiskan sisa duit kat Daiso. Daiso kat Korea ni barang dia semua cantik dan kebanyakan barang dia below 10ribu. Tapi sebab duit aku dah banyak habis, so aku takde shopping kat Daiso. Sebelum balik guesthouse aku sempat beli coffee yang sangat comel design dia.

09.00 PM : balik guesthouse. Rest









Day 7 

11.00 AM : checkout guesthouse dan gerak ke airport naik subway. Huu sedihnya nak tinggalkan negara sejuk ni. Dan lagi sedih sebab bayangkan kerja menimbun kat opis tu. Huaaa 
12.30 PM : Sampai airport dan cari covenient store untuk claim balik baki T-Money. Balance yang tinggal ada 12ribu won = RM48. Gile ko taknak redeem? Lepas duit petrol seminggu tu!

02.10 PM : Check in baggage, custom and immigration clearance. Hakak sangat risau kalau masa custom check tu depa rampas stobery 4 kotak hakak. Masa tu aku fikir kalau kena rampas jugak memang aku ajak dorang duduk bersila situ habiskan semua stobery. Tapi nasib baik selamat. Hehehe custom dengan immigration sini sekejap je dan tak renyah macam kat Malaysia. Salute! 
04.00 PM : Boarding dan ready to fly. Selamat tinggal Korea. Terima kasih untuk seminggu kenangan di sana. Hai Malaysia, hai opis! Welcome back!

Kejadian beg beranak memang selalu jadi setiap kali anis bercuti.

Ingat comel buat perangai camni kat airport?

Last meal di Korea


Thank you for reading!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...