Sunday, April 16, 2017

Seoul, South Korea (Day 1 & Day 2)

Assalamualaikum W.B.T dan good day! Setelah sekian lama tak blog, kali ni rasa nak menaip pulak. Sejak dah bekerja ni, kalau boleh setiap bulan mesti akan ada tempat yang aku nak pergi dan salah satu tempat yang aku berjaya travel ialah South Korea! Idaman sejak zaman study dulu tau walaupun aku bukan peminat tegar Kpop hahahah :D 


Aku pergi Korea selama seminggu dengan abah, mama dan member UiTM Nisa. Ok la 4 orang je kan. Kami stay sana dari 23/3/2017 sampai 29/3/2017 (seminggu). Aku pergi gamble je tak ikut agen sebab bagi aku agak rugi kalau guna agen sebab negara Korea sangat la senang nak commute dari satu tempat ke satu tempat dengan subway. Apa yang perlu cuma download app subway dan fahamkan macam mana nak transit antara subway. So ini itinerary dan gambar syok sendiri aku sepanjang seminggu kat sana:


Day 1 

03.00 AM : Gerak dari rumah ke airport KLIA 2. Flight ke Incheon pukul 7.20 AM 

06.00 AM : Custom clearance. Paling menyampah sebab lotion BodyShop aku kena rampas! Baru tahu liquid melebihi 100ml tak boleh masuk cabin. Huaa noob.

07.20 AM : Chulbal! Babai Malaysia~ 

02.45 PM : Waktu Korea awal sejam. Kalau waktu Malaysia, kira macam 3.45 PM la. Perjalanan ambil masa 6 jam 20 minit naik Air Asia X. Nasib baik leg space luas. Kalau tak mampus cranky. 

03.30 PM : Pickup luggage dan terus cari kaunter yang ada logo T-money. T-money ni ala-ala Touch&Go la dan boleh tap je bila nak naik subway / bas. Harga sekeping T-money yang dah siap topup ialah 50ribu won = RM200 (4ribu harga kad + 46ribu topup). Aku stay sana seminggu so amaun RM200 ni memang ngam-ngam kegunaan kat sana. Tapi kalau korang stay sekejap dan jarang guna subway / bas, beli T-money je dan reload sendiri kat machine. Bila dah tak guna boleh claim baki dalam kad  kat convenient store tapi make sure baki bawah 20ribu won. 

04.00 PM : Lepas settle semua urusan kat airport, kami pun mulakan perjalanan ke Seoul dan ambil masa 1jam 30minit. Untuk ke guest house kami kena transit di Seoul Station dan tukar line sebab guest house kami dekat dengan Jonggak station.


05.30 PM : Keluar je dari subway perghhhhh apakk la sejuk oiii!! Belek phone, rupanya suhu 9 degree. Ahh mampus aku ingatkan suhu belas2 sebab nak masuk spring kan. Guesthouse kami agak tersorok la kat celah-celah kedai. Memang susah nak carik kalau aku takde install map siap-siap kat phone. Perasaan masa mula-mula jejak kaki kat tengah bandar Seoul tu memang tak boleh describe. Memang happy sangat.


06.00 PM : Check-in dan rest. Kat guesthouse ni ada sediakan microwave dan kami gunakan habis-habisan untuk makan maggi. Heheh sebab sini susah nak carik halal food.  

08.00 PM : Pi 7E nak carik banana milk. Keluar je dari guesthouse terus menyesal. Suhu 3 degree la wehhhh. Memang niat nak cepat-cepat balik bilik je. Esoknya memang taknak dah pakai baju nipis.





Ni la tempat tinggal kami, Korstay Insadong. Recommended sebab attached bathroom.




Day 2 
09.00 AM : Bangun pagi, makan maggi dan get ready untuk jalan kaki pergi Cheongyecheon stream. Ala sungai yang cantik dan bersih kat tengah bandar Seoul tu. Sungai tu cuma 10 minutes walking distance je dari guesthose. 
11.30 PM : Perut kebuluq nak carik nasik. Maka ayuhlah ke Itaewon sebab kat sana banyak halal food. Tapi jika kau impikan nasik lemak sambal sotong atau pun roti telur jantan, mohon kirim salam  T_T 

03.00 PM : Kaki aku dah melecet dan cannot go dengan boots. Akhirnya kami tewas dan pulang ke guesthouse. Petangnya sambung balik la ukur tanah. Hehe kat setiap subway station ada underground market dan kat situ aku beli sneakers berharga 15ribu won. Pehh rugi je aku beli boots akhirnya sneakers jugak selesa. 

06.00 PM : Decide nak jalan kaki pergi Myeong-dong. Jalan kaki tauu bukan naik subway. Haaa memang takde rasa kesian kat mama abah sebab menapak jauh. Tapi takpe la cuaca sejuk tak berpeluh. Heheheh sabar jela ek mama abah.  

06.30 PM : Kat Myeong-dong memang syurga mekap la sebab sepanjang lorong tu macam-macam kedai mekap ade. Aku takde rasa nak shopping pun sebab tak tahu la kenapa mood baik sangat kat sana taknak membazir beli barang mekap. LOL! Beza harga kat Korea dengan Malaysia dalam 50% jugak. Ada BB cushion brand Tony Moly cuma 5ribu won = RM20 je. Kalau kat Malaysia maybe dalam RM60 - RM80. I tak beli pun sebab entahhlahh asal baik sangat masa tu  T__T


Ni kat hulu sungai. Tu nampak macam huduh. Huhu







Kat Tapgol Park abah jumpa member. Hahahahah




Kat Korea makan Mexican food. Ko rase?!

LUSH store. Wahh rasa macam nak beli, Tapi lepas congak ke RM, terus letak balik.









Anis tak beli mekap tapi beli stoberi. 3ribu won = RM12 dan stoberi dia manihh dan gemok macam aii!!

Rupanya stoberi manis itu bukan dongeng. Sedap sangat stoberi dia  T_T

To be continue~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...